syurga novel

Sunday 23 June 2013

370. [Tunas] - Hlovate



Addin yang juga dikenali sebagai budak walkman merupakan seorang pelajar menengah tinggi yang agak nakal dan sering mencuri perhatian pelajar lain. Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, tiada siapa pun tahu dia merupakan anak kepada seorang Exco Kerajaan Negeri kecuali abang kembarnya.
Rahsia adik-beradik kembar ini terpecah apabila dituduh mencabul undang-undang kolej. Kesalahan berdating di hadapan kelas sehingga ditangkap basah oleh seorang warden yang garang, Mama Leha memang satu kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan.
Serentak dengan itu, nama mereka sebagai calon MPP telah digugurkan di atas tuduhan tersebut sehingga mereka dipandang serong oleh semua pelajar. Sehinggalah tiba hari pengumuman perlantikan MPP kolej, mereka diberi peluang untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan hal tersebut.
Akhirnya, satu kolej tahu bahawa Addin dan Kucai merupakan sepasang kembar yang sengaja mahu meyorokkan identiti sebenar mereka. Oleh itu, pilihanraya kolej diadakan semula dengan meletakkan kembali nama pasangan kembar tersebut sebagai sebahagian daripada calon-calon MPP.


No comments:

Post a Comment