
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.
Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi ... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan
Ceriteri II - Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan di penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula terus gelisah.
Jomlah sama-sama SYUD membongkar hati Nosa-Adif ini...!
Ceritera III - Albatros antara Langit dan Bumi oleh Rynsa
"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang... " balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikan ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.
Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah
No comments:
Post a Comment