syurga novel

Monday 11 November 2013

427. Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah





 Tengku Aqilah, seorang anak yang di sish oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selam 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam kehidupannya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekahkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku hashim sebagai pemegang syer di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh lansung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata tengku Ryan Ameer begitu mambara api kebencian terhadap dirinya.

Saturday 27 July 2013

426. Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris


‘Cinta ibarat berlian yang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.’

Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta--sepenuhnya.

425. Datang Dengan Indah - Sarnia Yahya


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.

“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”

“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”

Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.

Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

424. Semakin Rindu Semakin Sayang - Umaira Dzul Widad




Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bahagi saat cinta itu bakal disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkah rindunya sudah kehilangan bisa?

“Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh cinta pada Elis, tapi abang tak akan paksa Elis untuk cintakan abang.”

“Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar, bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang.”

Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan Syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindanan di jiwa, membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.

“Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon, dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni? Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali.”

Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?