syurga novel

Thursday 28 June 2012

247. Assyida - Liana Afiera Malik



 Kerana asatu pengorbanan, dirinya terpaksa menjeruk rasa. Dia berada di persimpangan antara wasiat, cita-cita dan mahligai bahagia yang diimpikan. Pengorbanan suci itu menyeksakan hingga dia mula sangsi apakah mungkin wasiat itu mampu ditunaikan. 


246. Atas Nama Cinta - Lily Suriani



"Firas... saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkansegalanya. 
Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga
ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. biarpun
menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk
memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang ku agungkan, aku

rela..." ~ Ardini
"Ardini... kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu.

Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan
indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas
kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang

bersemadi di hati ini." ~ Firas.
Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara

dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi.
Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan
kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di

bibir.
Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika

disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui
keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang

mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?
Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

245. Kompilasi Generasi Yang Hilang - Abdul Rahim Awang

Gambar-KOMPILASI GENERASI YANG HILANG-50%

  • Hilanglah sebuah generasi apabila manusia hilang pertimbangan dalam hidup. Pupuslah juga sebuah generasi apabila manusia hilang punca. Kemelut ini berpunca daripada satu titik, iaitu Murad. Murad adalah manusia agung. Dia adalah permata dan juga adalah suria. 

  • Tetapi dia juga racun yang merosakkan generasinya. Kenapa? Petaka ini juga yang mencarik-carikkan generasinya. Ihsan adalah satu-satunya bibit yang tertinggal. Di manakah Nordin, Normah, Nita, Ismail dan Lisa?

244. Memori - Liana Afiera Malik


 Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaannya. Dia membiaskan wajah Daniel, sekaligus membunuh cintanya terhadap Zaki. Dia meninggalkan Shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih dan suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada. 

243. Kehilangan - Elias Hj Idris


Dia kehilangan . Kehilangan teman yang cukup memahami; kehilangan guru yang telah meluaskan kefahamannya tentang hakikat kehidupan; kehilangan cita-cita dan harapan. Kini…dia mula bimbang akan kehilangan rasa manis bila bermunajat di hadapan Khaliknya.

242. Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim


Apakah dia yang benar-benar bersalah? Mungkinkah ada kekurangan diri sehingga semua jari tertunding ke arahnya? Dia sihat? Bahkan cukup segala sifat.

Namun kenapa tuduhan demi tuduhan dilemparkan hingga tidak ada daya untuk dia menolaknya.

Benarkah kata orang, perempuan seperti mentimun, kerap bergolek akan hancur, bila terhempas akan berderai?

Ahh... pedulikan kata orang... dia percaya satu masa dan ketika, kebenaran akan terbukti jua.

241. Sejujur Hatimu - Umi Azrini


Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.
Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.
Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya?

240. Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha