syurga novel

Monday 11 November 2013

427. Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah





 Tengku Aqilah, seorang anak yang di sish oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selam 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam kehidupannya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekahkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku hashim sebagai pemegang syer di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh lansung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata tengku Ryan Ameer begitu mambara api kebencian terhadap dirinya.

Saturday 27 July 2013

426. Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris


‘Cinta ibarat berlian yang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.’

Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta--sepenuhnya.

425. Datang Dengan Indah - Sarnia Yahya


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.

“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”

“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”

Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.

Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

424. Semakin Rindu Semakin Sayang - Umaira Dzul Widad




Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bahagi saat cinta itu bakal disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkah rindunya sudah kehilangan bisa?

“Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh cinta pada Elis, tapi abang tak akan paksa Elis untuk cintakan abang.”

“Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar, bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang.”

Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan Syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindanan di jiwa, membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.

“Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon, dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni? Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali.”

Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?

423. Cinta Dari Istana - Adah Hamidah


Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?

Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.
“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.
Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.

Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.

Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!
Memangkah mimpi menghitung gembira... Detik itu cinta maknanya!

422. Untukmu Sayang - Marwati Wahab


Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu… semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, ‘Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!’

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorang yang menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi, demi sayangnya yang melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru untuknya yang semakin hilang punca.

Rupa-rupanya, masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yang tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yang memaksa. Namun, usai melafazkan kata-kata itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

421. Hati Ini Milik Siapa - Ebriza Aminnudin



Cinta pertamanya bersama Hezriq yang kecundang menjadikan Ezmira seorang perlarian. Dia membina hidup baru di tanah kelahirannya, Pulau Pinang dan menjadi seorang prejudis terhadap cinta. Setelah berjaya melupakan kenangan pahit itu, dia terpaksa kembali ke kota yang menyimpan seribu satu kenangan kerana dinaikkan pangkat.

Bekerja dengan Jimmy Shanley telah membibitkan semula rasa cinta di dalam hatinya. Dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Danish, sepupu kepada Hezriq yang mengharap cintanya membuatkan dirinya serba salah.

Perkara yang ditakuti akhirnya muncul apabila Hezriq ingin kembali kepada dirinya dan ingin menjadikannya sebagai isteri kedua. Mampukah dia melukai hati isteri Hezriq? Siapakah akhirnya yang berjaya memiliki sekeping hati milik Ezmira?

420. Biarlah YM Terus Berbicara.... - Hanni Ramsul

Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.
Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.
Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.
Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.

“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”

419. Lagu Cinta Buatmu - Qaseh Qaisara


Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu.

Anis terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ apabila terpaksa menjadi pengganti pegantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.

Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. Sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.

Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina.

Berjayakan Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?



418. Bila Hati Berbisik - Rehal Nuharis



Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara?

“Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.” - Nia

“Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh... kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.” - Adam

Saturday 6 July 2013

417. AD + IZ - Eury Athena


Kita dirancangankan untuk bertemu....
Kita ditakdirkan untuk berjumpa
Namun adakh untuk bersatu.. buat selamanya?

Adrianna Mayesa, seorang pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuat Adrianna terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang denga kehadirannya.

Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupan dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan lansung tidak diketahuinya muncul... lantas meragut kebahagiannya.

Aku sangguup mempertaruhkan segala milikku untuk dicintaimu..........

416. Tika Rindu Berlagu - Lily Suriani




Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.


Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. 


Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. 


415. Kasih Ke Syurga - Raihan Zaffya



PERTEMUAN ini tidak dipinta. Namun, takdir TUHAN telah menemukan Yusuf dan Zulaikha. Kesederhanaan Zulaikha memikat hati Yusuf. Tapi pantaskah dia memiliki sekeping hati Zulaikha sedangkan antara mereka ada jurang yang menghalang?

Keimanan dan ketakwaan Zulaikha bagai satu tembok jurang pada Yusuf. Dia merasakan dirinya amat kerdil kerana Islamnya hanya pada kulit saja. Telah lama dia mengabaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT. Perubahan diri Yusuf menyentuh hati Zulaikha. Di saat mereka hendak diijabkabulkan, umi Yusuf menentang kerana hasutan orang ketiga.

Mampukah mereka menghadapi rintangan yang mendatang?

414. Sanubari Pujaan - Afni Sari


PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.

Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati.

Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi. Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.

Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

413. Seteguh Cinta - Durrah Fatiha


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.

Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ''''''''''''''''''''''''''''''''house husband''''''''''''''''''''''''''''''''. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.

Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.

Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Friday 28 June 2013

412. Secebis Kasih Mu - Syamimi Aminolah

Gambar-SECEBIS KASIHMU

  • Kasihku, kasih anak terbuang yang jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. Terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu... namun sengaja kau biarkannya. 

  • Sengaja kau memberi ruang pada insan lain untuk merebut peluang. Egokah kita sebenarnya? Lalu kerana merasa tercabar dan dicabar, Putri melayan kasih jejaka lain dan membiarkan Zack menjeruk rasa. Bersama si jejaka, Putri cuba melayan perasaan, membalas tiap ungkapan cinta dan sayang dengan penuh perasaan. 

  • Namun Putri gagal... hatinya tiada rasa... melainkan rasa tawar dan hambar yang mencicip kesal. Putri sedar,cintanya pada yang lain.

411. Rooftop Rant - Hlovate



Selama ini dia sendirian tak pernah berteman bila mana dia duduk di tempatnya;di hujung sudut kanan untuk melakar awan dan melontar pandangan sejauhnya. Pilot Shaker dan sketchbook di tanganlah selama ini teman setia.Namun tiba-tiba ada yang bertandang tak diundang ke jajahannya entah jatuh dari langit mana.Lari dari segala kekusutan kepala ke sini untuk kini dikusutkan semula?Dia sendiri tak pasti segala yang berlaku ini membawa petanda apa.Dia;the Jaded Jade in the Middle katanya.

Bukan pelik kalau nak dikatakan dia hidup hanya sebagai jasad bernyawa.Sebab segala yang didengar telinga itu tak bawa makna dan yang dipandang mata itu kosong tanpa warna.Dia mencari tenang damai dengan meninggalkan realiti dunia nyata,untuk tenggelam dalam fikiran sendiri di dalam kepala.Hujung sudut kiri bumbung ini,itu kawasannya.Dia;Batrisya.

Di atas bumbung Wisma Topaz segalanya bermula.Tangga lapuk masam Wisma Topaz empat tingkat itu yang mula menghubungkan hidup keduanya.Bumbung kusam yang menadah awan tanpa atap itu yang menjadi telaga damai untuk menelah persoalan yang tak pernah ada hitam putih jawapannya.Tembok batu bisu di situ yang menjadi saksi kepada seribu satu harapan dan mimpi,cerita dan bicara.

Ini cerita sebuah bicara.

Bicara bumbung namanya. 


410. Kau Yang Istemewa - Nia Azalea



Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

409. Mayang Sari - Jessy Mojuru


Kerana dendam seorang isteri terhadap kecurangan suaminya, seorang anak menjadi mangsa komplot pem-bunuhan. Namun Adora Natalia sempat diselamatkan oleh Daeng Suria sahabat pembantu rumah Faiz dan Winona iaitu papa dan mama Adora Natalia. Adora Natalia atau Mayang Sari dipelihara oleh Daeng Suria sehinggalah kepulangannya ke negara asalnya. 

Bersama Sulastri, Mayang Sari didera dan dipaksa mengemis. Nasib malang Mayang Sari mengundang simpati Samad, seorang pengawal keselamatan. Namun hasratnya untuk menyelongkar misteri siapakah Mayang Sari tidak tercapai setelah dia dan isterinya dibunuh. Misteri kehilangan Adora Natalia dibongkar semula dengan penemuan sekeping foto milik Adora Natalia yang ditemui bersama mayat Samad.


 Ketika Mayang Sari mencari haluan sendiri, dia bertemu dengan Akashah. Mayang Sari dipelihara oleh Akashah dan keluarganya. Namun demi membalas budi, Mayang Sari terpaksa menerima Akashah yang lebih tua darinya sebagai suami dan melupakan impiannya untuk bersama Farok. Bagaimanakah perjalanan takdir Mayang Sari? Dapatkah dia bertemu semula dengan keluarganya dan terbongkarkah rahsia kehilangan Adora Natalia? 

408. Megalomania -Fatinilam Sari Ahmad

Gambar-MEGALOMANIA

  • Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia ditubuh membunuh isteri dan adik tirinya sendiri. Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu… 

  • Noreen Sheila. Seorang peguam yang juga adik sepupu yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Sheila yang telah lama terbiar… dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan.

407, Disember Cinta Kita - Wannie Nordin



Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia memepertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak ptuus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?

Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!

406.Cinta Tak Berdusta - Fateen Najwa


Tragedi yang berlaku bukan satu kemalangan, tetapi dirancang. Sepuluh tahun dia kehilangan kenangan masa lalu. Dia terseksa hidup tanpa kenangan, tanpa keluarga tercinta. Kehadiran Amalina bagaikan dewi cinta, mengubah hidup Leo.

Dari sebuah desa terpencil, di kaki Gunung Ais, lelaki ini datang ke kota. Mencari dirinya yang hilang, mencari cinta sejati. Dia kaget dengan kisah yang terbongkar. Dia anak hartawan, namun mengapa dihina dan dicerca ayah kekasihnya sendiri?

Mampukah cinta Amalina terus dalam dakapan apabila ada yang cuba merebut? Bolehkah cintanya menyatakan kebenaran, tanpa dusta?

405. Kudamba Bahagia - Dhiya Zahira


Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik perdi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

404. Selamat Tinggal Sayang - Malee Chuswan

SELAMAT TINGGAL SAYANG

  • Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. 

  • Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawap yang tidak terjawab.

  •  Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi...dan sampai bila Puteri harus harus digantung tidak bertali...

403. Permata Asmara - Rozita Abb Wahab



  • Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yang ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali… hingga takut untuk jatuh cinta lagi… takut dikhianati… takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi negeri. 

  • Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya…. Memiliki Adam adalah impiannya demi masa depan yang lebih bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yang baru bermula. Namun sekali lagi impiannya berantakan, percintaannya dan Adam ditentang… terhalang. Menjadikan hatinya duka lara. Iskandar hadir bagi menamatkan riwayatnya. 

  • Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya….

402. Bila Dah Suka - Mimie Afinie




Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?...

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.
‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.
MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...

401. Meniti Bahagia - Zihasra Aziz



Kenyataan seringkali tidak sehebat impian. Begitulah terjadi pada Zailinna Afira. Kasihnya yang luhur terhadap Fazrul Azhan dipersiakan. Penantiannya selama 4 tahun dicurangi lelaki itu. Janji yg dimeterai u tk hidup bersama hancur berkecai.

Semenjak detik itu, Zailinna Afira tawar hati utk bercinta lagi. Namun begitu dia agak berajaya dalam bidang perniagaan. Zailinna Afira telah menubuhkan Mewah Holdings dan kini perniagaannya semakin maju.

Zailinna Afira mempunya saudara kembar tidak seiras bernama Zailissa Irma. Walaupun mereka kembar tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza dari segi pelajara, pekerjaan dan percintaan. Adiknya ini lebih cenderung dalam kehidupan sosial.
Kejayaan Zailinna Afira menyebabkan Datuk Zaidi menghantar Zailissa Irma ke luar negara belajar dlm bidang perniagaan. Setahun di luar negara Zailissa Irma telah berkawin dengan Izmir walaupun dia sudah pun bertunang dgn Addy Zafril, iaitu anak kepada datuk Johan yang merupakan sahabat Karib datuk Zaidi.
Addy Zafril kecewa dgn berita itu. Begitu juga dgn keluarga Datuk Zaidi, utk mempertahankan hbungan silaturrahim dgn Datuk Johan sekeluarga, Datuk Zaidi mencadangkan Zailinna Afira menggantikan tempat Zailissa Irma.
Mahukah Zailinna Afira menjadi pak turut? apa pula kata Addy Zafril mengai cadangan orang tuanya itu? Dan dapatkah Zailissa Irma menerima Addy Zafril sebagai abang iparnya?

Thursday 27 June 2013

400. Aku Berserah - Ummi Ariza





"Papa nak sangat aku menikahi kau.... sebenarnya aku telah pun mempunyai pilihan sendiri. Cukuplah kalau aku beritahu padamu yang perkahwinan ini hanya untuk mengaburi mata kedua orang tua kita dan aku telah putuskan perkahwinan ini hanya akan bertahan selama setahun" - Fahrin Daniel

"Bad sanggup tunggu... lepas segalanya berakhir antara Safi dan Fahrin, Bad sedia mengambil Safi sebagai isteri." - Badrul 

"Kau nak bebas ya... kau nak bersama dengan buah hati kau si Bad tak guna itu. Jangan korang ingat hidup korang akan bahagia. Aku pun dah tak sanggup hidup dengan perempuan curang macam kau!" - Fahrin Daniel

Semankin kuat dia membenci lelaki itu semakin kuat cintanya untuk Fahrin. Safiyah sendiri tidak mengerti akan perasaannya. - Safiyah

"Tolong jangan buat abang macam ni... abang cintakan safi. Abang ikhlas cintakan Safi.. berilah abang peluang membuktikannya." - Fahrin Daniel

"Maafkan dia? Dan lupakan semua yang terjadi? Bukan mudah Fida... dia hancurkan hatiku, bukan itu saja dia remukkan hati ini sekali. Kerana dia, aku jadi begini dan kerana dia juga aku hilang kehidupan aku selama setahun." - Safiyah