syurga novel

Wednesday 11 July 2012

281. Seindah Warna Pelangi - Yusrul Emiza Yusof

Gambar-SEINDAH WARNA PELANGI-50%

Hati seorang Zahrul Azuan terluka bila isteri sendiri berlaku curang di depan mata. Namun yang lebih menyakitkan apabila saingannya bukan orang lain tetapi adik Hani Maisarah sendiri. Kerana terlalu menyayangi, dia lebih rela menerima gelaran dayus daripada berpisah dengan isteri kesayanagan.

 Kerana ingin membalas rasa sakit hati, Nur Indah diambil sebagai isteri. Nur Indah yang baik dan sabar dengan segala kerenahnya tidak pernah dihargai malah sering dilukai dan dinista. Kasih sayang terhadap Hani Maisarah tidak pernah pudar di hati. Zahrul Azuan tahu dia mengumpul dosa dengan membenarkan kemungkaran di dalam rumah sendiri, namun rasa sayang terhadap isteri telah mengambus sendiri rasa bersalah itu apatah lagi bila dia sendri tidak pernah tahu arah kiblat.

 Kesabaran dan ketakwaan Nur Indah sedikit demi sedikit meniupkan kesedaran di hati lelakinya. Nur Indah mula dihargai kehadirannya di dalam kekalutan jiwa dan hatinya. Kasih sayang Nur Indah yang tulus mula dirasakan indah di jiwanya. Sayangnya, tika kasih sayang terhadap Nur Indah melimpah di jiwanya, Hani Masarah kembali menagih tempatnya di sisi seorang suami,. 

Zahrul Azuan dibebani rasa serba salah yang amat antara Hani Maisarah yang masih disayanginya dan Nur Indah yang mula bertapak kukuh di hatinya...

Monday 9 July 2012

280. Kiranya Kau Berbohong - Maizura Mohd Ederis



279. Mengukir Bahagia - Hani Fazuha

,

Bukan kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tampa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdikan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali.

Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi disaat hati sudah hampir merelakan perpisahan? "Rasanya ikatan ini lansung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja".

Namun, takdir ALLAH tiada siapa dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi disaat dia mula mengecap rasa bahagi bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tampa belas.

Peliknya cinta............. walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan,namun cinta dihati akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya, "Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan dan kehendak suami    setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa menyempurnakan diri sendiri demi kebahagian suami".

278. Mencari Abadi - Luqman Hakim


Kedengaran mersik dan lembut suara lelaki tua itu. Mengungkapkan sebaris kata-kata yang tertulis di depannya. Tidak difahaminya langsung. Dan kenapa perlu dia ungkapkan? Dia diburu kekeliruan kini. Kenapa lelaki tua ini muncul di depannya? Kenapa dia perlu berada di tempat asing ini?

Kali ini Aliff Iman tekad. Walaupun tahu akan mendapat tentangan daripada keluarga, dia tetap tidak akan berubah hati. Dengan kemunculan seorang lelaki tua yang mengajarnya dua kalimah syahadah dalam mimpi, telah membuatkan Aliff Iman memilih Islam sebagai agama pegangannya.

Dia kini benar-benar yakin bahawa agama yang dianutinya kini lebih menenteramkan seluruh jiwanya. Rahsia perkenalannya dengan Intan Najwa, seorang gadis Melayu telah membuatkan keluarganya menuduh Aliff Iman sengaja masuk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan gadis itu.

Keluarganya langsung tidak boleh menerima hakikat yang anaknya kini telah bertukar agama. Pelbagai konflik telah berlaku antara Aliff Iman dan keluarganya di kampung sehingga dia telah diusir oleh ibunya sendiri.

Dengan hati yang lara, dia telah kembali ke Kuala Lumpur tetapi sekali lagi hatinya bagai disentap kuat apabila ternampak gadis pujaan berjalan beriringan dengan lelaki yang jauh lebih bergaya daripadanya. Jiwanya yang kacau bilau itu sekali lagi diuji dengan satu ujian yang maha hebat.

“Dugaan ini terlalu berat untukku hadapi..
Namun, andai itu yang tertulis kepadaku sejak azali lagi, akan kuterima dengan hati yang redha...”

277. Ada Cinta Dihati - Emma Maizurah


Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras,Walaupun dari segi lahiriah tiada berbeza,tapi batiniah mereka tidak sekata,Adlyana seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang tidak diingini mesti dikota.Bagi Adreena pula,dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata.Lantaran ,dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyana hebat dipentas peragaan,kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada diawang-awangan.Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya.Akibatnya,Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun meeka melayari bahtera yang tidak nakhoda,dan selama itu semuanya menjadi rahsia.Indah di mata orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak,sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan reda?ya ..selagi ada cinta di hati,dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah dengan pepatah "air dicincang takkan putus" Tapi, dimana kebenaran kata-kata itu kalau dihatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika ?Dan bagaimana dengan adlyna?bahagiakah dia setelah mencipta duka?

276. Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni


Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. 

Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta.

 Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

275. Tinggallah Pujaan........... Mimie Afinie



274. Fitrah Kasih - Ilani Mysara



273. Sakitnya Sayang - Norhayati Berahim



Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiayakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka.

 Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan...............


272. Rindunya Kian Membara - Noor Suraya

Gambar-RINDUNYA KIAN MEMBARA

  • Cinta itu seumpama serangkai mutiara… kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula… tetapi kadang-kadang kita tak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau bila-bila pun. 

  • Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta itu di tangkai hati kita?

271. Cinderella Cinta - John Norafizan


Demi tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah hilang. Aku cumamahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apap-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. Benarkah aku hilang di dalam keabadian cintamu dan rest yang membahagiakan dita selamanya.

Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang selaim ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar dia tas paksinya. Hanya engkau..................

Saturday 7 July 2012

270. Duri - Fauziah Ashari



269. Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza Abd Hamid

MIMPI KITA SERUPA-50%


Tanpa sedar... kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. 


Namun ada jangkauan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mancintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. Mereka sudah cukup dewasa.... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata.... bertahun lamanya begitu. 


Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya,. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. 


Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada siapa yang menjangka... tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata... 

268. Diari Hati - Abd Talib Hassan

DIARI HATI -50%


Azizah begitu selesa melalui dunia remajanya. Gadis yang sejak kecilnya dibesarkan oleh datuk dan nenek. Mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu tiri yang tidak berbelah bagi. Menjadi perhatian dan harapan teman-teman dan ibu saudara yang ‘simpati’. 


Kehilangan ibu sejak dari kecil lagi... satu kehilnagan yang menjadi misteri, disembunyi dalam aib dan amanah yang digenggam rapi. Dilekakan dengan kasih sayang yang muncah, Azizah bagai selesa sendiri-sendiri. Namun masih tertanya-tanya... ke manakah ibunya menghilangkan diri. Andai telah pergi, mengapa pusaranya tidak pernah dilawati. 


Namun bila Zohar memutuskan pertunangan mereka, terjawablah asal usul yang merobekkan, memalukan keturunan dan merungkaikan seluruh ikatan. Dunia tiba-tiba dirasakan tunggang-langgang, dan Zairie hadir menyelamatkan perasaannya yang berantakan. 


“Tak ada dosa atau salahnya seorang ibu kepada anaknya, melainkan dosa dan salahnya kepda Allah semata-mata. Dan anak tidak berhak untuk memaksa ibu meminta ampun padanya...” 

267. Mawar Hatiku - Nayli Ulfah

266. Selagi Ada Dia - Aisya Sofea


Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

265. Cinta ..... dimana? - Annur Puteri


Adakala kemiskinan sering meneruja pertimbangan. Membelenggu pendirian. Apa pilihan yang Mokhtar ada? Sememangnya Mokhtar dan Azizah tiada Pilihan. Perjanjian yang dilafazkan cuma bisikan angin lalu lantas membiaskan gugus-gugus rindu yang mengorak kelopak. Ke manakah rindu ini harus diarahkan? Ke mana kasih ini harus diberikan ? Mokhtar tiada jawapan. Azizah juga tiada jawapan. Masing-masing menunggu dan terus menunggu walalu sesekali kewalahan...

264. Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya



263. Adleena - Nurul Astiqha



261. Rindu Cintaku - Fauziah Ashari



262. Cinta Sufi - Annur Puteri


  • Ada keberanian yang khas pada penulis novel ini yang cuba membongkar kegelisahan dan citra wanita yang terbelenggu dalam masa silamnya. Annur Puteri berjaya melahirkan watak gadis intelek dan dinamik. Dia bukan paranoid atau androphobia dengan lelaki. 

  • Tetapi di dalam dirinya kental dengn dinamika wanita alaf baru. Cinta yang ditagihnya, bukan cinta ala remaja Melayu kontemporari, sebaliknya cinta yang berbobot. Ini terjadi kerana masa lalu Sufi, yang banyak mengajarnya menjadi perempuan yang lebih berhemah dan bijaksana, khasnya ketika berdepan dengan dunia lelaki.

  •  Dua jejaka yang jatuh hati dengannya, Helmi dan Danish menjadi objeknya dalam mencari keikhlasan dan kesucian cinta mereka. Kenapa Sufi memiliki watak yang begitu unik? Bukan sahaja pengalaman masa lalu yang melingkari diri dan keluarganya turut mematangkan peribadi gadis yang istimewa ini, tetapi juga realiti kehidupan masa kini.

  •  Justeru, Cinta Sufi wajar dibaca oleh generasi remaja dan para siswa Melayu dalam kerangka membentuk sahsiah yang proaktif dan dinamik. Di dalam diri Sufi ada sesuatu yang tidak dimiliki wanita lain dalam zaman serba mencabar ini.

Monday 2 July 2012

260. Oh, Tidak! - Misya Syakira



Apakah malang nasib aku? Cuti-cuti macam ni pun tak aman. Pasal anak jin tu, hidup aku terseksa. Benci aku! Apa hak dia nak ugut-ugut aku? Aku bukan hamba tebusan dia pun. 

Aku bukan ada hati kat dia pun. Jauh sekali nak tunduk kat dia. Aku cuma tunaikan janji aja. Tak mahu dituduh munafik!

259. Suratan Kasih - Durrah Fatiha



258. Belaian Jiwa - Eka Fahara


Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran.
Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu.
Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu.
Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?

257. Suci Wajah Rindu - Zuraidah Othman


Pelangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu....

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai. Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…

256. Sakitnya Rindu Ini........ - Liana Afiera Malik



255. Cincin Permata Biru - Mior Shariman Hassan


  • Apakah benar cincin itu membawa tuah? Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar … cincin permata biru penghias jari…

254. Biar Rindu Berlalu - Sharifah Abu Salem



253. Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid




















ATAS nama cinta… mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. 

Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. 

Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

252. Sentuhan Cinta - Haiza Najwa



251. Kasih Dania - Ayu Emelda



Dyra Dania seorang gadis yang punya trauma cinta. Kelembutan dan keayuannya hilang ditelan kekecewaan lalu. Hatinya cuba bertahan sekeras batu daripada diseru naluri syahdu. Namun... siapa sangka, getaran cinta hadir tanpa diduga. Pendiriannya roboh tanpa rela. Dalam keasyikan menyulam bahagia, dia tersedar daripada lena yang panjang. Mimpi-mimpi idah rupanya satu persenda. Demi kasih... Dania rela menjadi pengemis cinta yang punya harga.

Amir Budreez hidup dikelilingi bunga-bunga kasih Dania. Meskipun wajah Dania sering bermain-main di tubir mata, namun nama maria sentiasa meniti di bibir. Kata hati tidak pernah seiring dengan logik akal. Entahlah... mungkin persona Maria membuatkan cinta suci Dania menjadi sirna. Dalam kemanisan terselit kepahitan yang harus ditelan.

Maria seorang gadis misteri yang muncul dalam hidup Budreez dengan rahsia tersendiri. Dia bijak mengatur langkah dan mengemudi arah. Kehadirannya ibarat parasit yang menagih cinta. Cinta yang tak pasti di mana destinasi akhirnya. Dan kerana itu, ada hati yang tercalar, ada perasaan yang terluka dan ada jiwa yang menahan rasa.

Benarkah jarak waktu yang panjang mampu mengubah sebutir kaca menjadi permata berharga? Dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini harus diterima tanpa wasangka?

250. Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem


TIADA LAGI MIMPI mengisahkan kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. 

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. 

Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. 

Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

249. Bahtera Kasih - Liza Zahira


Carra Lina suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.
Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan daripada keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.
Kini, pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina?
Bagaimana Carra Lina menangani masalahnya. Jika Ichlas datang untuk merebut cinta Carra Lina, adakah dia menerimanya? Tidakkah Ryan cuba memenangi hati Carra Lina dan menjadi seorang lelaki yang terbaik kepada gadis itu?

248. Kasih Yang Tercalar - Norhayati Berahim




Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri... Puncanya ... dia sendiri tidak mengerti...