syurga novel

Saturday 5 May 2012

239. Dakapan Rindu - Fatin Nabila



Cerita yang membuai perasaan anda ini mampu membawa anda menyelami kisah seorang gadis bernama Suraya yang dihina dan dicaci oleh kakak sendiri.

Dalam diam, dia bercinta dengan seorang pemuda bernama Ezhar tanpa diketahui oleh ayahnya yang menentang keras anak-anak bercinta ketika masih belajar. Namun, untuk mengejar cita-cita Suraya merelakan pemergian Ezhar ke luar negara yang ingin melanjutkan pelajaran.

Bulan berganti tahun, namun dia tidak mendengar khabar berita dari lelaki itu. Dia akhirnya terpaksa menurut keputusan ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Norman walaupun hatinya masih menunggu kepulangan Ezhar.

Haruskah dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersiakan? Haruskah dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tidak pasti? Tergamakkah dia meleraikan janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kalinya!

238. Berikan cintamu - Rose Harissa



Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.

Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?

237. Indahnya Kasih - Kreisya Reisya



Indahnya Kasih merupakan sambungan Kisah Kasih, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini, kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan.

Kisah kali ini membuatkan dibuai perasaan. Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu peuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.

Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Dia mulai belajar menjadi seorang suri di hati puteranya. Buatnya, perkahwinan itu bukan lagi fantasi. Dia perlu belajar menjadi seorang wanita matang. Ikutilah cerita seterusnya kerana banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perkahwinannya.

236. Tiada Noktah Cinta - Emma Maizura


Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan ''''''''tomboy'''''''' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah.

Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.

235. Bayu Asmara - Ilani Mysara


Mimpi-mimpi itu menjelma kembali mengganggu hidupnya. Mimpi yang meresahkan fikiran. Mimpi yang mula menuntut hak untuk berada di hati kecilnya. Puas ditepis dan ditolak, tapi semakin dekat, hingga membuatkan dirinya merantau mencari siapakah gerangan yang ingin mendampingi cintanya. Mimpi dan cinta beriringan meragut usianya stiap tahun. Ah... alangkah peliknya!

"terimalah hakikat kalau itu sudah ketentuan. Kalau hak kita dah mula datang dan kita merasai kehadirannya, mintalah padaNYA. Semoga apa yang dikurniakan adalah yang terpilih dan bukan daripada hasutan syaitan."

Pertemuan pertama Shah Asmara dengan Puteri Bayu Irnani diakhiri dengan perkahwinan, tapi cuma mampu bertahan selama tiga bulan saja. Di situ dia mendapat iktibar. Mampukah sumpah ibu yang tersentuh hatinya bisa menjadi penghalang bagi cinta nan suci? Shah benar-benar takut!

Cinta itu umpama disebalik kabus. Hilang kabus timbullah ia. Namun dalam bercinta, pengorbanan sering saja meragut ketenteraman sekeping hati yang luhur. Di manakah pula hikmahnya bila dia berjumpa dengan Arman yang sanggup berkorban deminya?

"Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir, tapi ia tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya."

234. Kompilasi selimut Malam - Samsiah Mohd. Nor


Setianya bak kemboja berguguran setelah di dinoda teman sendiri. Hidupnya pulabak bebunga lalang ditiup angin tanpa arah, walaupun pohon sindora setiamenanti. Lalu dia meratapinya dlm tangisan bulan madu yg diselimuti malam,setelah maya pusara menggamit Reo pulang.