syurga novel

Friday 21 June 2013

337. Pergilah Airmata - Hani Rasul



Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternya cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. sumpah bukan ini yang aku mahu. sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi satu rasa? Mungkinkah kita kita sudah sama-sama terpaut? Atau .... mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin... kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit....SABRINA

Memang aku benci . memang aku tidak pernah rala dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang palling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku di antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini......... BADRUL

No comments:

Post a Comment