syurga novel

Friday 28 June 2013

412. Secebis Kasih Mu - Syamimi Aminolah

Gambar-SECEBIS KASIHMU

  • Kasihku, kasih anak terbuang yang jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. Terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu... namun sengaja kau biarkannya. 

  • Sengaja kau memberi ruang pada insan lain untuk merebut peluang. Egokah kita sebenarnya? Lalu kerana merasa tercabar dan dicabar, Putri melayan kasih jejaka lain dan membiarkan Zack menjeruk rasa. Bersama si jejaka, Putri cuba melayan perasaan, membalas tiap ungkapan cinta dan sayang dengan penuh perasaan. 

  • Namun Putri gagal... hatinya tiada rasa... melainkan rasa tawar dan hambar yang mencicip kesal. Putri sedar,cintanya pada yang lain.

411. Rooftop Rant - Hlovate



Selama ini dia sendirian tak pernah berteman bila mana dia duduk di tempatnya;di hujung sudut kanan untuk melakar awan dan melontar pandangan sejauhnya. Pilot Shaker dan sketchbook di tanganlah selama ini teman setia.Namun tiba-tiba ada yang bertandang tak diundang ke jajahannya entah jatuh dari langit mana.Lari dari segala kekusutan kepala ke sini untuk kini dikusutkan semula?Dia sendiri tak pasti segala yang berlaku ini membawa petanda apa.Dia;the Jaded Jade in the Middle katanya.

Bukan pelik kalau nak dikatakan dia hidup hanya sebagai jasad bernyawa.Sebab segala yang didengar telinga itu tak bawa makna dan yang dipandang mata itu kosong tanpa warna.Dia mencari tenang damai dengan meninggalkan realiti dunia nyata,untuk tenggelam dalam fikiran sendiri di dalam kepala.Hujung sudut kiri bumbung ini,itu kawasannya.Dia;Batrisya.

Di atas bumbung Wisma Topaz segalanya bermula.Tangga lapuk masam Wisma Topaz empat tingkat itu yang mula menghubungkan hidup keduanya.Bumbung kusam yang menadah awan tanpa atap itu yang menjadi telaga damai untuk menelah persoalan yang tak pernah ada hitam putih jawapannya.Tembok batu bisu di situ yang menjadi saksi kepada seribu satu harapan dan mimpi,cerita dan bicara.

Ini cerita sebuah bicara.

Bicara bumbung namanya. 


410. Kau Yang Istemewa - Nia Azalea



Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

409. Mayang Sari - Jessy Mojuru


Kerana dendam seorang isteri terhadap kecurangan suaminya, seorang anak menjadi mangsa komplot pem-bunuhan. Namun Adora Natalia sempat diselamatkan oleh Daeng Suria sahabat pembantu rumah Faiz dan Winona iaitu papa dan mama Adora Natalia. Adora Natalia atau Mayang Sari dipelihara oleh Daeng Suria sehinggalah kepulangannya ke negara asalnya. 

Bersama Sulastri, Mayang Sari didera dan dipaksa mengemis. Nasib malang Mayang Sari mengundang simpati Samad, seorang pengawal keselamatan. Namun hasratnya untuk menyelongkar misteri siapakah Mayang Sari tidak tercapai setelah dia dan isterinya dibunuh. Misteri kehilangan Adora Natalia dibongkar semula dengan penemuan sekeping foto milik Adora Natalia yang ditemui bersama mayat Samad.


 Ketika Mayang Sari mencari haluan sendiri, dia bertemu dengan Akashah. Mayang Sari dipelihara oleh Akashah dan keluarganya. Namun demi membalas budi, Mayang Sari terpaksa menerima Akashah yang lebih tua darinya sebagai suami dan melupakan impiannya untuk bersama Farok. Bagaimanakah perjalanan takdir Mayang Sari? Dapatkah dia bertemu semula dengan keluarganya dan terbongkarkah rahsia kehilangan Adora Natalia? 

408. Megalomania -Fatinilam Sari Ahmad

Gambar-MEGALOMANIA

  • Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia ditubuh membunuh isteri dan adik tirinya sendiri. Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu… 

  • Noreen Sheila. Seorang peguam yang juga adik sepupu yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Sheila yang telah lama terbiar… dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan.

407, Disember Cinta Kita - Wannie Nordin



Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia memepertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak ptuus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?

Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!

406.Cinta Tak Berdusta - Fateen Najwa


Tragedi yang berlaku bukan satu kemalangan, tetapi dirancang. Sepuluh tahun dia kehilangan kenangan masa lalu. Dia terseksa hidup tanpa kenangan, tanpa keluarga tercinta. Kehadiran Amalina bagaikan dewi cinta, mengubah hidup Leo.

Dari sebuah desa terpencil, di kaki Gunung Ais, lelaki ini datang ke kota. Mencari dirinya yang hilang, mencari cinta sejati. Dia kaget dengan kisah yang terbongkar. Dia anak hartawan, namun mengapa dihina dan dicerca ayah kekasihnya sendiri?

Mampukah cinta Amalina terus dalam dakapan apabila ada yang cuba merebut? Bolehkah cintanya menyatakan kebenaran, tanpa dusta?

405. Kudamba Bahagia - Dhiya Zahira


Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik perdi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

404. Selamat Tinggal Sayang - Malee Chuswan

SELAMAT TINGGAL SAYANG

  • Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. 

  • Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawap yang tidak terjawab.

  •  Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi...dan sampai bila Puteri harus harus digantung tidak bertali...

403. Permata Asmara - Rozita Abb Wahab



  • Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yang ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali… hingga takut untuk jatuh cinta lagi… takut dikhianati… takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi negeri. 

  • Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya…. Memiliki Adam adalah impiannya demi masa depan yang lebih bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yang baru bermula. Namun sekali lagi impiannya berantakan, percintaannya dan Adam ditentang… terhalang. Menjadikan hatinya duka lara. Iskandar hadir bagi menamatkan riwayatnya. 

  • Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya….

402. Bila Dah Suka - Mimie Afinie




Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?...

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.
‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.
MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...

401. Meniti Bahagia - Zihasra Aziz



Kenyataan seringkali tidak sehebat impian. Begitulah terjadi pada Zailinna Afira. Kasihnya yang luhur terhadap Fazrul Azhan dipersiakan. Penantiannya selama 4 tahun dicurangi lelaki itu. Janji yg dimeterai u tk hidup bersama hancur berkecai.

Semenjak detik itu, Zailinna Afira tawar hati utk bercinta lagi. Namun begitu dia agak berajaya dalam bidang perniagaan. Zailinna Afira telah menubuhkan Mewah Holdings dan kini perniagaannya semakin maju.

Zailinna Afira mempunya saudara kembar tidak seiras bernama Zailissa Irma. Walaupun mereka kembar tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza dari segi pelajara, pekerjaan dan percintaan. Adiknya ini lebih cenderung dalam kehidupan sosial.
Kejayaan Zailinna Afira menyebabkan Datuk Zaidi menghantar Zailissa Irma ke luar negara belajar dlm bidang perniagaan. Setahun di luar negara Zailissa Irma telah berkawin dengan Izmir walaupun dia sudah pun bertunang dgn Addy Zafril, iaitu anak kepada datuk Johan yang merupakan sahabat Karib datuk Zaidi.
Addy Zafril kecewa dgn berita itu. Begitu juga dgn keluarga Datuk Zaidi, utk mempertahankan hbungan silaturrahim dgn Datuk Johan sekeluarga, Datuk Zaidi mencadangkan Zailinna Afira menggantikan tempat Zailissa Irma.
Mahukah Zailinna Afira menjadi pak turut? apa pula kata Addy Zafril mengai cadangan orang tuanya itu? Dan dapatkah Zailissa Irma menerima Addy Zafril sebagai abang iparnya?

Thursday 27 June 2013

400. Aku Berserah - Ummi Ariza





"Papa nak sangat aku menikahi kau.... sebenarnya aku telah pun mempunyai pilihan sendiri. Cukuplah kalau aku beritahu padamu yang perkahwinan ini hanya untuk mengaburi mata kedua orang tua kita dan aku telah putuskan perkahwinan ini hanya akan bertahan selama setahun" - Fahrin Daniel

"Bad sanggup tunggu... lepas segalanya berakhir antara Safi dan Fahrin, Bad sedia mengambil Safi sebagai isteri." - Badrul 

"Kau nak bebas ya... kau nak bersama dengan buah hati kau si Bad tak guna itu. Jangan korang ingat hidup korang akan bahagia. Aku pun dah tak sanggup hidup dengan perempuan curang macam kau!" - Fahrin Daniel

Semankin kuat dia membenci lelaki itu semakin kuat cintanya untuk Fahrin. Safiyah sendiri tidak mengerti akan perasaannya. - Safiyah

"Tolong jangan buat abang macam ni... abang cintakan safi. Abang ikhlas cintakan Safi.. berilah abang peluang membuktikannya." - Fahrin Daniel

"Maafkan dia? Dan lupakan semua yang terjadi? Bukan mudah Fida... dia hancurkan hatiku, bukan itu saja dia remukkan hati ini sekali. Kerana dia, aku jadi begini dan kerana dia juga aku hilang kehidupan aku selama setahun." - Safiyah

399. Bidadari Hujan - Noor Azzahra


Kasihan itu salah satu cabang cinta!

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia bidadari Hujan yang mendayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
"Harap-harap esok pagi hujan lagi" kataku sambil menghadiahinya senyuman.
Matanya memanah hatiku denga busur arjuna.
Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
"Macam mana saya nak pulangkan?"
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
"Simpanlah andai awak rasa mahu meyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."

Apa jawab hati aku saat ini?

398. Damai - Saidatuk Saffaa, Noor Suraya & Syud


Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa

"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk tetapi dia rasa.... Panas.
"Panas ke?"
'Pakcik' muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian....
Telingan sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
baju itu... topi itu.. sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang dihadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera II
Yang Jauh Di Pulau - Noor Suraya

"Terima kasih," kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian
Selamat memasak! - Syuhada

"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.

Ceritera III
Langit..... Tetap Biru - Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zafira pula, dia bukan menunggu. Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
...kerana pada Zafira, langit tetap biru!



397. Sweet Sour - Nasz


A - Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul.

" Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun ." Aku jeling dia.
"Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin.. walaupun cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B - Yang pahit, masam, masin, Payau itu Joe jambul.

"Bayar cincin ni." kata dia . Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
"What?" aku jerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey.... saya bayar!" Aku jeling dia.

Tapi kan , Juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

396. Matahari Cerah Lagi - Fauziah Ashari


Suha menempuh kehidupan tepencil berbanding rakan seusianya. Dikonkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. akhirnya Munir nekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukah Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud.... Adam.

Matahari Cerah lagi mengupas perspektif cinta yang telus.... Yem.

Matahari Cerah lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta.... Munir.

395. Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira

AMIE NAJLA nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.

394. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah


" Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagian anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, hidupan Dania akan terbela.

" Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam  hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.

393. Cinta Untukmu - Siti Nur Dhuha





Kerana sering mengusik dan membuli Tiara, tanpa disedari tumpuan Syahiman sentiasa pada Tiara. Syahiman berasa seronok apabila Tiara marah-marah. Syahiman berasa suka jika Tiara memberikan respons. Secara tiba-tiba, Syahiman menjadi terlalu ingin memerhati Tiara. Keinginan itu bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sehingga Syahiman dikejar oleh Mak Cik Hasnah lalu bersembunyi di dalamreban ayam.

"Aku ingin kaya-raya TIara. Punya rupa. Tapi kau apa yang ada. kalau kau nak tahu, aku benci pada kau Tiara. aku malu untuk mengaku kau sebagai kawan aku. Mulai saat ini, jangan kau sesekali menggangu aku. persahabatab kita telah lama putus. Kita berdua orang asing pada aku. Kita berbeza taraf. Kau tak layak menghampiri aku lagi."
- Syahiman

Kalau ikutkan hati abang, abang mahu hidup lebih lama lagi di sisi Tiara. Siapa tak sayang nak tinggalkan isteri secantik Tiara ni." Haizul

Kerana tidak tega membiarkan orang yang dicintai bersama wanita lain, dia nekad dengan rancangannya. Sekarang , orang yang dirindui separuh nyawa itu tiada lagi. Lantaran sifat dengki yang membusuk di hati, enggan mengaku kalah, lalu akhirnya dia juga yang kehilangan.
- Fazira

392. Cahaya Cinta - Izra Noh


Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yg papanya ciptakan sejak usianya tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar utk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yg tercicir. Dia menjadi seorang yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya kembali melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bosnya yg berperangai seperti papanya hadir dalam hidupnya. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci pada Haziq dan tambah tertekan bila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.

Ketakutan serta keresahannya kembali menghantui diri kerana papanya. Lalu, dia sanggup menjadikan dirinya berada di sangkar emas Haziq. Betapa sukarnya utk Ellynna menjalani hidup yang penuh ranjau. dapatkah dia menaruh setitis harapan pada perkahwinan yang tidak dirancang ini? Mungkinkah dia mengecap kebahagiaan sepanjang perkahwinannya dengan Haziq? Dan, wujudkah rasa cinta di hati Haziq utk nya?
Suatu hari, dia terkedu apabila berhadapan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya.



391. Bni Aku Tomboy Ke? - Arisa Eriza


ZACK : Nama sebenar...... Sofi Zarill Muhammad.. Nama panggilan,,,,Zack. Penampilan..... rambut pendek,t-shirt,cap dan seluar jean.. Pernah menjadi kegilaan Sabariah (housemate zaman belajar di universiti) dan Arin (pembantu rumah).. " Suka hati aku la dengan penampilan aku.. Janji aku tak buat dosa dengan TUHAN. "

ABANG DIN : Penyelamat ketika Zack kehilangan dompet di Kuala Lunpur.. Bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lunpur.. Tiba-tiba menjadi keliru terhadap diri sendiri apabila mula jatuh hati dengan Zack. "Takkan aku ni gay kut?"

AZIM : Kasanova tersohor dengan ayat menggoda yang bisa mencairkan hati sang wanita.. Teman sepermainan Zack sedari kecil lagi.. Cuba dijodohkan dengan Zack oleh ibu bapa masing-masing.. "Aku dengan kau,Zack? No way,beb!"

Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack? Sampai bila Abang Din beranggapan bahawa Zack itu adalah seorang lelaki? Adakah Azim akan 'bersara' daripada menjadi kasanova?

390. Aku Mahu Kamu - Aleeya Aneesa


EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. 

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. 

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

389. Ingin Hati Melukis Kata - Bikash Nur Idris & Ebriza Aminnudin



Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?

388. Melur Bunga Ivy - Nazurah Aishah


Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
* * *
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!

Wednesday 26 June 2013

387. Versus - Hlovate



I
"Please, Minn, Bukak tingkap bilik you"
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. On the roof."
"You what?"
"No kidding, Please..." balas Ashraff Omar.
Mata Min menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"enought of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
"Minn, you nak bagi a masuk atau you nak tengok i jatuh?'


II
"Not a step away from that spot, AO." Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormat you."
"Back Off."
Ashraff Omar akur, Langkahnya ditarik kembali ke belakang..
"I tak memaksa. I cuma meminta, I like you, I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.

386. Kembara Cinta - Dia Azura



Perhubungan antara Darin Madihah dan Hairy Hafizi ketika di alam kampus mendapat restu. Namun setelah tamat pengajian, Encik Osman menghalang perhubungan mereka.


385. Secantik Anugerah - Sarnia Yahya



Ditinggalkan tanpa pesan ketika cinta sedang mekar berbunga, membuatkan Aisya menutup hatinya untuk cinta.
Tetapi...bukan kehendak Azri melepaskan Aisya. Dia juga turut merana, malah lebih menderita kerana cinta itu bukan miliknya lagi.
Sesungguhnya, kegagalan itu secantik anugerah buat mereka....

384. Hanya Dia Tahu - Aleeya Aneesa


ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.

383. Akhir Yang Indah - Azah Khalida


SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.

Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dengan pekerja.

Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketiga-tiga cinta itu untuk terus menyendiri. Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.

382. Aku Ada Kamu - Lily Haslina Nasir



Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yang lain. Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati.
Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga... Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.
Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.
Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

381. Cinta Dua Jiwa - Rania Firdaus



HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.

Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.

Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya......

380. Pemaisuri Hati - Jessy Mojuru

Gambar-PERMAISURI HATI-50%


  • Gadis itu kecundang sewaktu memudikkan takdir kusam miliknya. Dia terpulau dalam dunianya sendiri. Saban detik merangkul kegetiran jiwa dan perasaan. Hanya air mata menemani diri tika dihimpit lara. Namun dia pasti semua ini tentu ada noktahnya. Lantas dikutipnya serpihan ketabahan dengan harapan berbongkah di dada. 

  • Sesungguhnya, apalah maknanya hidup ini jika telah dinobatkan sebagai permaisuri. Bahkan tiada erti menghambakan diri jika tidak dihargai. Lantas dia cuba menghimpun secebis sisa-sisa harapan. Dengan keyakinan menguntum di hati. akan diusahakannya untuk menawan cinta lelaki itu. Bahkan dia bertekad akan mengubah dirinya secantik bidadari. Kerana dia tahu… hanya dia seorang sahaja yang mampu mengubah takdirnya!

379. Terlanjur Menyintaimu - Aidie Suradi

Gambar-TERLANJUR MENCINTAMU


  • Nur Aida Safia, lahirnya tanpa sentuhan seorang ibu, menjadikan hatinya rapuh, kontang dalam belaian kasih sayang yang begitu didambakan. Lalu Afiq Hakimi hadir, membawa bersamnya cinta dan harapan yang berbunga, menghiasai laman hati si dara yang selama ini sepi tidak berseri. Namun, indahnya bunga tetapkan layu jua... jika tidak dijaga, dibiarkan sang kumbang menghisap madunya. 

  • Lalu benih yang ditabur, bercambah akhirnya. Tiga tahun Nur Aida Safia sengsara demi melupkana cinta mereka. Dan tiga tahun jugalah bayangan hitam itu mengganggu lenanya. Hadirnya Fajrie, mungkinkah mampu mengusir sepi di hatinya atau sekadar angin lalu yang singgah di pelabuhan sementara. 

  • Afiq Hakimi... tiba-tiba muncul kembali, cuba menebus kesalahan dan kekesalan lalu enggan menyimpul kembali apa yang telah terungkai...lerai satu persatu di tangga harapan. Impiannya cuma satu, kesilapan silam harus ditebus, walau akhirnya keinsafan dan kekesalan menemui kebuntuan...

378. Yang Sebenarnya - Aisya Sofea


TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

377. Gurindam Jiwa - Hlovate, Imaen & Noor Suraya




Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

CeriteraII: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu disisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara.