syurga novel

Friday 30 December 2011

44. Dendam Yang Terlerai - Norhayati Berahim



Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semnagatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di muara, entah tersangkut di celah-celah duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di sini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini.

Ya.... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana disini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah..... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya....




    

No comments:

Post a Comment