syurga novel

Wednesday 21 December 2011

2. Air Mata Kasih - Norhayati Berahim


Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakrurazi . Kerana tingkah laku seorang perempuan , dia menyimpan dendam pada perempuan . Baginya , perempuan sering mendatangkan bencana . Oleh itu , timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak permpuan dalam keluarganya . Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuannya Farah Diba , sedangkan gadis itu tidak bersalah . Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya .

Farah Diba , cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya . Dengan air mata , dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu . Sebagai mangsa sebuah dendam , dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak .

Tuhan menurunkan petunjuk bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whilsunday Island , Australia . FAS Holdings milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara . Akhirnya , Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu . Tanpa dendam , benci atau sakit hati , dia melonjakkan nama syarikat itu di mata koporat . Namun , usahanya tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali .

No comments:

Post a Comment