syurga novel

Saturday 24 December 2011

17. Hadirnya Cinta - Pitteriah Abdullah



Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau. Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.
Sejak menjadi tahanan. Danial Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak boleh menerima cinta Danial Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.
Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikit pun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia dengan tunangnya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.
Sebaik sahaja dibebaskan, Yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu yang adiknya sanggup merampas bekas kekasihnya.
Sejak kepulangan yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas kembali kebahagian yang baru dibina Manakala Yasmin Nadilla tidak dapat menerima hakikat yang Amran menjadi adik iparnya. Seboleh-boleh dia ingin merebut kembali hati Amra. Pelbagai konflik berlaku hingga Yasmin Nadilla membawa diri ke Trengganu.
Di Trengganu, Yasmin Nadillah telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?

3 comments:

  1. ada jual tak? kalau nak jual contact saya ainimalek95@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada lebih tlg info ek ..saya pun dah lama cari buku tu ruhanimohamad@gmail.com

      Delete