syurga novel

Saturday 24 December 2011

16. Kisah Kasih - Kreisya Reisya



Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya.
Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletlkan kemarahakakan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya se belum lamarannya diterima. Syarat lamaran itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.
Dalam pada itu, Syah  E, seorang kenalan telah lama jatuh cinta padanya. Dengan Syah Epun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.
Setahun bukan sekejap. Dapatkan Syah E setia memendam rasa cinta yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan aneh yang dinamakan rindu yang tiba-tiba bertandang di hatinya?
Sesungguhnya syarat itu menyiksa kedua-duanya. namun ia telah memercikkan api cinta!

No comments:

Post a Comment