Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.
Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang
baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia
hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan
ikatan kasih sayang.
Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta?
Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza
berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut
di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya.
Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh
mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?
As-salam Saudari....saya berminat untuk membeli novel ini dan novel2 lain yg ada simpanan saudari....seandainya saudari tidak keberatan, sudilah kiranya hubungi saya semula di email seperti yg tertera pada google account saya. sekian, terima kasih.
ReplyDeletemaaf koleksi saya ni tidak untuk dijual, sebab anak remaja saya pun minat membaca novel juga.
Delete