MENGAPA kau tinggalkan aku
ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak
bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang
pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman
hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu
sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan
sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku berlinangan. Tapi kau pergi
jua...
Yana
mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap
ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak
kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.
Kau
kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku
umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban
untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang
dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang.
Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara.
Di tangkai jua ia layu...
Cinta
Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di
sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah
lagi keluarga Fariz terlalu me-mentingkan maruah dan prestij. Layakkah
dia berganding dengan jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu?
No comments:
Post a Comment