syurga novel

Monday 16 January 2012

181. Dekat Dihati - Eyman Haikal


http://202.76.227.241/images/00/0022506097.jpg

Tujuh belas tahum yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembil setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusana setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti.Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apakah lagi tindakkan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.

Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah 'mati'.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraiali kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment