syurga novel

Saturday 27 July 2013

426. Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris


‘Cinta ibarat berlian yang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.’

Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta--sepenuhnya.

425. Datang Dengan Indah - Sarnia Yahya


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.

“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”

“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”

Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.

Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

424. Semakin Rindu Semakin Sayang - Umaira Dzul Widad




Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bahagi saat cinta itu bakal disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkah rindunya sudah kehilangan bisa?

“Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh cinta pada Elis, tapi abang tak akan paksa Elis untuk cintakan abang.”

“Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar, bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang.”

Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan Syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindanan di jiwa, membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.

“Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon, dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni? Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali.”

Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?

423. Cinta Dari Istana - Adah Hamidah


Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?

Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.
“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.
Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.

Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.

Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!
Memangkah mimpi menghitung gembira... Detik itu cinta maknanya!

422. Untukmu Sayang - Marwati Wahab


Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu… semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, ‘Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!’

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorang yang menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi, demi sayangnya yang melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru untuknya yang semakin hilang punca.

Rupa-rupanya, masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yang tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yang memaksa. Namun, usai melafazkan kata-kata itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

421. Hati Ini Milik Siapa - Ebriza Aminnudin



Cinta pertamanya bersama Hezriq yang kecundang menjadikan Ezmira seorang perlarian. Dia membina hidup baru di tanah kelahirannya, Pulau Pinang dan menjadi seorang prejudis terhadap cinta. Setelah berjaya melupakan kenangan pahit itu, dia terpaksa kembali ke kota yang menyimpan seribu satu kenangan kerana dinaikkan pangkat.

Bekerja dengan Jimmy Shanley telah membibitkan semula rasa cinta di dalam hatinya. Dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Danish, sepupu kepada Hezriq yang mengharap cintanya membuatkan dirinya serba salah.

Perkara yang ditakuti akhirnya muncul apabila Hezriq ingin kembali kepada dirinya dan ingin menjadikannya sebagai isteri kedua. Mampukah dia melukai hati isteri Hezriq? Siapakah akhirnya yang berjaya memiliki sekeping hati milik Ezmira?

420. Biarlah YM Terus Berbicara.... - Hanni Ramsul

Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.
Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.
Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.
Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.

“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”

419. Lagu Cinta Buatmu - Qaseh Qaisara


Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu.

Anis terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ apabila terpaksa menjadi pengganti pegantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.

Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. Sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.

Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina.

Berjayakan Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?



418. Bila Hati Berbisik - Rehal Nuharis



Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara?

“Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.” - Nia

“Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh... kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.” - Adam

Saturday 6 July 2013

417. AD + IZ - Eury Athena


Kita dirancangankan untuk bertemu....
Kita ditakdirkan untuk berjumpa
Namun adakh untuk bersatu.. buat selamanya?

Adrianna Mayesa, seorang pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuat Adrianna terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang denga kehadirannya.

Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupan dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan lansung tidak diketahuinya muncul... lantas meragut kebahagiannya.

Aku sangguup mempertaruhkan segala milikku untuk dicintaimu..........

416. Tika Rindu Berlagu - Lily Suriani




Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.


Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. 


Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. 


415. Kasih Ke Syurga - Raihan Zaffya



PERTEMUAN ini tidak dipinta. Namun, takdir TUHAN telah menemukan Yusuf dan Zulaikha. Kesederhanaan Zulaikha memikat hati Yusuf. Tapi pantaskah dia memiliki sekeping hati Zulaikha sedangkan antara mereka ada jurang yang menghalang?

Keimanan dan ketakwaan Zulaikha bagai satu tembok jurang pada Yusuf. Dia merasakan dirinya amat kerdil kerana Islamnya hanya pada kulit saja. Telah lama dia mengabaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT. Perubahan diri Yusuf menyentuh hati Zulaikha. Di saat mereka hendak diijabkabulkan, umi Yusuf menentang kerana hasutan orang ketiga.

Mampukah mereka menghadapi rintangan yang mendatang?

414. Sanubari Pujaan - Afni Sari


PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.

Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati.

Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi. Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.

Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

413. Seteguh Cinta - Durrah Fatiha


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.

Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ''''''''''''''''''''''''''''''''house husband''''''''''''''''''''''''''''''''. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.

Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.

Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?