Thursday, 20 June 2013

286. Ada Rindu Di Wajahmu... - Syamimi Aminolah

ADA RINDU DI WAJAHMU

  • Wardah hidup dalam dunia ilusi setelah kematian suaminya, Farid pada malam pertama. Dikatakan Farid terkena santau kerana sikap Kamil yang pendendam. Hajat Kamil untuk berkahwin dengan Wardah ditolak oleh keluarganya. Farid dan Wardah menjadi mangsa keadaan. 

  • Betapa hebat dugaan yang menimpa dirinya tatkala benih kasih sedang subur mewangi antara mereka. Hadir pula Cikgu Adnan untuk mengajar di kampung itu. Akhirnya salam perkenalan disambut dengan tangan terbuka oleh Wardah. Kesudian Cikgu Adnan untuk membawa Wardah keluar dari dunia ilusi dipersetujui oleh keluarganya. Kalau boleh dia ingin membelai hati selembut bayu itu agar pulih seperti sediakala. 

  • Antara kasih dan kasihan, antara keinginan dan harapan yang menggunung ada secebis perasaan di antaranya. Namun, dapatkah Cikgu Adnan membawa diri Wardah ke alam realiti? Bagaimana pula kesudahan hubungan antara Wardah dan Cikgu Adnan yang dikatakan sebagai kawan? Adakah dendam Kamil terbalas setelah pelbagai usaha yang telah dilakukan?

No comments:

Post a Comment