syurga novel

Sunday 19 February 2012

230. Cinta Lukisan Jiwa - Dina Najad

http://multiply.com/mu/novelcinta/image/12/photos/upload/300x300/Rm5L9woKCqgAAAKtwHw1/lukisan-jiwa.jpg?et=ERfZTWJtTQ2aE3plz8hMZw&nmid=45872964

Diyan sudah bosan dipandang rendah oleh orang kamung. Benteng
kesabarannya kian rapuh tatkala cinta Effendi semakin jauh. Apatah
lagi keputusan STPM tidak membanggakan.

Sakit di badan usah dikira, sakit lagi di hati apabila impian berkecai
akibat dengki manusia. Nekad mahu mengubah nasib diri, bumi KL
dijejaki. Tidak terduga olehnya, penghijrahan itu membawanya ke banglo
milik Datin Najwa Atilah, chef masakan yang terkenal di Malaysia. Di
situ dia terpaksa 'berkenalan' dengan penghuni banglo itu. Antaranya
Roy si pelumba motor haram yang licik, dan nadia peguam muda yang
memandangnya hanya sebelah mata. semua ini membuatkan Diyan lemas!

Tetapi kehadiran Sabrina bt. Riezman benar-benar menyerika hidup Diyan
dan telah mengembalikan semula nostalgia silamnya.

Diyan - "Rina tak ubah seperti aku ketika kecil, kami tandus kasih
sayang seorang bonda, bezanya aku tidak buta. Tapi Rina buta kedua dua
belah mata."

Rupanya diri Diyan diperhatikan oleh seseorang. Ikrar Dr Riezman yang
juga ayah Rina seakan luntur tatkala berhadapan dengan Diyan.
Kepercayaannya kepada wanita telah goyah cuba dibangunkan semula,
namun curiganya mengatasi rasa cinta.

Dr Riezman - "Mencintai Emylda merupakan satu kesilapan dan mencintai
Diyan pula bagai mengulangi kesilapan yang sama. Diyan. Emylda ~ tiada
beza"

Benarkan Diyan sama seperti Emylda, bekas isteri Dr Riezman yang telah
berlaku curang? Jika benar, mengapa Fadhil dan Dr Riezman, 2 orang
lelaki yang sama hebat dan kuat semangat berusaha memburu cintanya?
Rupa Diyankah atau peribadinya? Atau mungkin hatinya yang masih putih
belum ternoda dengan hipokrasi dunia?

229. Janjiku Bersamamu - Aleya Anessa



Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya
kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana. Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam. Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya.

Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi? .

228. Jika Benar Cinta - Lynn Dayana

http://multiply.com/mu/smileslady/image/2/photos/upload/300x300/RutXzAoKCnMAAFumoGE1/jika-benar-cinta.gif?et=zBaTUNUxzqlIlVs0t3DvMw&nmid=57929111


Mengisahkan seorang gadis yang sentiasa malang bila bercinta dengan jejaka yang berjaya mencuit hatinya. Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyik terkenang-kenang.

Gila! Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka. Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

227. Kuutus Rindu - Azilawati Mat Angsar

226. Hakikat Cinta - Jasmin Hayati

225. Kau Laksana Bulan - Aina Emir

224. Hanya Kau Segalanya - Jessy Mojuru

Gambar-HANYA KAU SEGALANYA -50%

Mereka dipisahkan oleh permainan takdir. Diuji dengan pelbagai lilitan derita… cengkaman dan rakusnya insan-insan bernama manusia. Lalu tertunaikah impiannya untuk mengecapi nikmat kebahagian setelah dirinya dikatakan sial? Mampukah diratah kesialannya itu? Dan bermaknakah kejelitaan andai diri dikagumi namun sukar untuk dimiliki?

223. Senafas Rindu - Damya Hanna



Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.

Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur.

Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.

222. Lakaran Kasih - Laila Kamilia

221. Untuk Tiga Hari - Ahadiat Akashah

220. Lagu Rindu - Ayu Amelda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz5RnRhEYmGlxIgV95W-9SYh8RcWZrZeKPUPlWevECf4oVqpLbp8sneY2pwNcLUo5dXuf-BT0fIt_VdjaNpINRZPrpuXUjsBHcOUXGHEBSBAwN6g5QLmOWxdDQ1HG8djh9ACo7ccv4Ofc/s400/LAGU_RINDU.jpg

219. Cinta Terakhir - Ujang

Gambar-Cinta Terakhir

Sukan adalah minat dan harapan masa depan Bakhtiar.Sukan menjadikannya disayangi guru,dan dika-sihi Maria,kemudian Idayu.Namun sukan juga membawa padah kepadanya.Kerana dia berselisih dengan bapanya,dan dicemburui oleh Zaini yang akhirnya Berjaya merebut Idayu.

Saturday 11 February 2012

218. Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim



Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia.

Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai…

217. Kasih Antara Kita - Aleya Anessa

216. Getaran Rindu - Norzailina Nordin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPm1WWDm9r8nt0IX1oEJmhGx6vp_kclB1ABegT3iqz3p8KR-6cfS9iqpwdZD9MNteOkvla02rZ-zbnXuH-PRzVmUlX1A0rFyVUXisUvgW92W9jgFVrBh3FiROsWqfAkWd6DJvnMpFEMxxy/s1600/geetaran-rindu.gif

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati?

215. Hati Yang Terusik - Nia Azalea

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD76uOy1ZVHcrtzk0PLMRFQBRysodWrHQeb6ah0qAKb9IpFfKRNYl-al0XKRwQ1OOfjLB9SBQbZ31PS9jwFihtGqhAI8AnUiDO5lw_p__eJa0wHf6zgflKQi-WJpe5OiOD_kaO-sqDbO1O/s1600/hati-yang-terusik.gif

Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati
dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan
pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki
pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka
ditentang oleh Vincent Lee, bapanya.

Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap
Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun,
Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap
mencintai Farhan.

Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik
ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh
perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa
dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa
berkahwin dengan Raymond.

Mengapakah Vincent amat membenci Farhan apabila terkenangkan Irene?
Mudahkah Farhan melafazkan cerai apabila Vincent mahu Vanessa
berkahwin dengan Raymond? Mampukah Vanessa menerima arahan bapanya
itu? Apakah taktik yang digunakan oleh Vincent agar Vanessa patuh
pada arahannya?

214. Kau Sayangku - Bikash Nur Idris



Tuesday 7 February 2012

213. Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem



Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif dalam dilemma. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda Tanya dan teka-teki yang meyelubungi akhirnya terbongkar jua……

212. Pelarian - AbuTalib Hassan

Gambar-PELARIAN-50%

Dia akur kepada keadaan dan insaf kepada kekecewaan tetapi sanggup berhadapan dengan kegagalan lalu lari meninggalkan segalanya untuk melupakan peristiwa yang mencengkam rasa. Namun pelariannya tidak berpenghujung, kekusutan terus menghujung sehingga dia tidak mampu berlari lagi dan terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang pasti.

211. Airani - abu Talib Hassan

210. Memburu Mimpi - Dahlan Makmur

Gambar-Memburu Mimpi

Dia telah membina syurga di bawah telapak kakinya.Tetapi dia gagal mengagih-agihkan kasih sayangnya.Lantaran itu,anak-anaknya membawa haluan demi memenuhi impiannya yang menggunung.

209. Rindu Di Kalbu - Durrah Fatiha

http://bacanovel.blogsome.com/images/RinduDiKalbu.jpg

Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta. Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut.

Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya? Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga.

Namun, jauh di sudut hati… Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain.

Dan… bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

208. Lafazkan Cintamu - Aida Adriani


Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!
Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

207. Cinta Rahsia - Liza Zahira



Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra.

Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.

Dr. Zabidi bersepakat dengan Ayu untuk membantu memulihkan Adam. Takdir telah menemukannya dengan Maisarah dan Daniel Hakimi, saintis muda dari Florida. Daniel telah membantu memulihkan Adam. Adik Adam, Hairil pula muncul dan menambah lagi kerumitan. Pada masa yang sama, Farah Aina cuba berbaik dengan Hairil, bekas kekasihnya. Kay yang hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan Hairil menaruh harapan pada Adam untuk menjadi bapa kepada anaknya. Kemuncak kisah ini berlaku apabila Farah Aina akhirnya dibunuh oleh Hairil. Lelaki itu pula dijatuhkan hukuman mati.

Tetapi dendam Farah Aina tidak berakhir di situ kerana Kay pun memusuhi Ayu hingga mendorong dia merancang untuk membunuh gadis itu. Terbukakah hijab yang menghalang hubungan Ayu dan Daniel?

206. Kau Kekasihku - Anis ayuni



Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?