syurga novel

Tuesday 31 January 2012

205. Andai Semalam Ku Miliki - Norhayati Berahim



Memang dia pernah berjanji,bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri.kasih seorg zafri terhadap wardah yg dicintai,sentiasa abadi.walau jauh beribu batu,namun sekali dia jatuh cinta,cinta itu tatap bersemadi.



Yang ada dalam koleksiku

1. Airmata Kasih
2. Cinta Pertama
3. Hati Seorang Wanita
4. Egois
5.Untukmu Segalanya
6. Noktah
7. ... Lewat Musim Itu
8. Dendam Yang Terlerai
9. Pesanan Terakhir seorang Lelaki
10. Rindu
11. Seindah Derita
12. Emosi
13. Hati Yang Luka
14. Jalinan Memori
15. Bunga Kasih
16. Setulus cinta
17. Teguh
18.Sentuhan Kasih
19. Nota Cinta Buatmu
20. Inferior
21. Terima Kasih Kekasih
22. Hanya Kerana Cinta
23. Dia Lebih Mengerti
24. Sayang Tak Terucap
25. kasih Jangan Kau Pergi

204. Inikah Cinta - H.M. Tuah Iskandar



CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.

Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia. Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza?

Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila. Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.

Friday 27 January 2012

203. Adam Dan Hawa - Aisya Sofea

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEHKBoYD9xi8g8HXjx6DD7JB9h6B9M_DIA7cYBxFvHskn8hUV9lMUVri3pJTkmJL0gSMyvqn9G5lbf3TbB1P6soENoWx74PTSGgy8bEICjfpL5MqUknF32JDwqkiAimGEXY8R5LTw-DVRj/s1600/product_detailed_image_572_118.gif

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam pakza dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi....

202. Dewa Cintaku - Dilla Hussein

201. Demi kasih Ini - Hasreeyati Ramli

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday 24 January 2012

200. Ragam Sekeping Hati- Dr Azizah Johar


Gambar-RAGAM SEKEPING HATI-50%

Dia menjadikan kenangan pahit semalam suatu yang indah dan berharga hari ini. Kerana hanya itu yang dia ada. Hanya itu yang termampu dimiliki olehnya. Selainnya kelukaan... selebihnya dia tiada pilihan... pilihan yang benar-benar pilihan...

199. Cinta... Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari


Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.


Inilah kisah …..Cinta … Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, Cinta … Tiada Akhirnya, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

198. Nilai Cintamu - Eka Fahara

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiT4hykqmNtvRyVBWMo6a_mL3dzoemqAP9zBcMnZjoG8lBcp5nwzwxIHS46XokZgieajMho03HZKJiIkfM3TE0Sk0WL8n8Rb8ruJdENTDq4V0ZJwEgBf6wRR-prH958_K7Z8tPB1K08D9az/s1600/Novel_Nilai_Cintamu_Eka_Fahara_Alaf_21.jpg

Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.

Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.

Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.

Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.

197. Emilya Zulaikha - Ariff Afandy

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyDkzbZrNPPz_wKdfrvV-HD3tkPkawN-w6e9uhW9_vA3onW2KqMZBCLD6XWtHsxzuoMKo4Q6H7h8ICsV-0EKx38zwfBrZbGzgCmcsHUIQObn9yyi5n51y_XdGfaWQKBlJ3yIw87hkffyG_/s1600/emilya-zulaikha.gif


EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.
Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi.

196. Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna



BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.
 



Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak. 


Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

195. Dendam Semalam - Zaifuzaman Ahmad


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsJGbXnpGCj6VKpGk0w3TgHfJ4zB4LBZDKnBLAH1XwWM0jtFwiQOUIdBBSxNYS4TwIFNtjePTb-ygayxL4e-1naSmhNbA07iZtjnZFtal8VdQXM15571FqAFN9wr_S3ESMWeSEPFRpN4s/s1600/dendam-semalam.jpg

Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.

Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.

Monday 23 January 2012

194. Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim

Yang ada dalam koleksiku

1. Airmata Kasih
2. Cinta Pertama
3. Hati Seorang Wanita
4. Egois
5.Untukmu Segalanya
6. Noktah
7. ... Lewat Musim Itu
8. Dendam Yang Terlerai
9. Pesanan Terakhir seorang Lelaki
10. Rindu
11. Seindah Derita
12. Emosi
13. Hati Yang Luka
14. Jalinan Memori
15. Bunga Kasih
16. Setulus cinta
17. Teguh
18.Sentuhan Kasih
19. Nota Cinta Buatmu
20. Inferior
21. Terima Kasih Kekasih
22. Hanya Kerana Cinta
23. Dia Lebih Mengerti
24. Sayang Tak Terucap

193. Bukan CInta Biasa - Izzul Izzati

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOeQp1bZo1L9-1bVc1TCDbhlmQOPb52AhwG4rNaZqVN8lCiO6_AwZqv4o0lk8MjOBXRzZWsfYkfiM8X0CS6R_jN3Ndm5owClK_WVcDpyMxCjDeL6EGmq0kMN-J9FspzlII65VU4vUIg3s4/s1600/bukan.jpg

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap.

Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.

Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantara tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti miskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya, namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang boleh menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam tuntuh di saat bahagia mengunjungi tiba? Bagaimakah reaksi Azlisyam setelah mengetahu cinta Shahira sememang untuk nya? Mampukah Azlisyam meraih cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia meunggu cintanya?

192. Seabadi Kerdipan Cintamu - Fazurreeny Marhanif

191. Berikanku Bahagia - Fatinilam Sari Ahmad

190. Sayang Tak Terucap - Norhayati Berahim

TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.


Yang ada dalam koleksiku

1. Airmata Kasih
2. Cinta Pertama
3. Hati Seorang Wanita
4. Egois
5.Untukmu Segalanya
6. Noktah
7. ... Lewat Musim Itu
8. Dendam Yang Terlerai
9. Pesanan Terakhir seorang Lelaki
10. Rindu
11. Seindah Derita
12. Emosi
13. Hati Yang Luka
14. Jalinan Memori
15. Bunga Kasih
16. Setulus cinta
17. Teguh
18.Sentuhan Kasih
19. Nota Cinta Buatmu
20. Inferior
21. Terima Kasih Kekasih
22. Hanya Kerana Cinta
23. Dia Lebih Mengerti

189. Kasih Suci - Sarinah Banuase

188. Rindu Yang Terlerai - Hani Johaini